pelbagai kaedah yang digunakan bagi menghilangkan tabiat merokok
namun harus diingatkan bahawa seseutu usaha harus dimulakan dengan niat yang ikhlas.
Merokok merupakan satu nafsu yang lahir dalam hati manusia. Untuk melawan nafsu,
seseorang harus lebih dekat kepada Yang Maha Kuasa. Keinginan yang kuat untuk berhenti mendorong
seseorang untuk lebih dekat lagi dengan penciptanya untuk memohon bantuan dan kekuatan.
Oleh itu, sejauh mana usaha yang dilakukan, sejauh mana berjayannya seseorang itu
berhenti daripada melakukan perkara yang dicegah amat berkait rapat dengan keimanan
yang terdapat dalam diri individu.
Melawan taiat merokok samalah melawan nafsu yang wujud dalam hati.
Melawan nafsu pula merupakan satu jihad yang selalu dituntut oleh Islam kepada umatnya.

No comments:
Post a Comment