Sunday, October 17, 2010

pelbagai kaedah yang digunakan bagi menghilangkan tabiat merokok
namun harus diingatkan bahawa seseutu usaha harus dimulakan dengan niat yang ikhlas.

Merokok merupakan satu nafsu yang lahir dalam hati manusia. Untuk melawan nafsu,
seseorang harus lebih dekat kepada Yang Maha Kuasa. Keinginan yang kuat untuk berhenti mendorong
seseorang untuk lebih dekat lagi dengan penciptanya untuk memohon bantuan dan kekuatan.

Oleh itu, sejauh mana usaha yang dilakukan, sejauh mana berjayannya seseorang itu
berhenti daripada melakukan perkara yang dicegah amat berkait rapat dengan keimanan
yang terdapat dalam diri individu.

Melawan taiat merokok samalah melawan nafsu yang wujud dalam hati.
Melawan nafsu pula merupakan satu jihad yang selalu dituntut oleh Islam kepada umatnya.
kasih sayang dalam keluaga mendorong seseroang melakukan apa sahaja demi kebaikan bersama. Rokok boleh mengakibatkan keluarga terdedah kepada bahaya yang dibawa oleh asap rokok. Oleh itu ahli keluarga memainkan hubungan yang penting dalam menangani masalah ini.
     
     Isteri harus lebih mendekati suami bagi mendorong suami untuk berhenti. Sentiasa dekat dan memberi semangat serta doronga secara tidak langsung mengeratkan lagi kasih sayang. 
     
     Hal yang sama juga harus dilakukan kepada ahli keluraga lain yang merokok sperti anak-anak. peranan ibu bapa sangat penting dalam mengubah tabiat anak-anak.
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di  kalangan  masyarakat  beratus  tahun  
terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Thursday, September 23, 2010

Kandungan

kandungan yang terdapat di dalam sebatang rokok adalah daripada pelbagai bahan-bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa yang menggunakannya.

namun semakin banyak usaha dan akibat yang ditunjukkan oleh kesan merokok, semakin tinggi pula kadar penagihnya.

salah rokok atau salah perokok.?????

wanita Indonesia yang memiliki suami perokok, risikonya adalah pada rokok biasa – risiko kanker paru meningkat lebih dari 279%, dan rokok kretek – risiko kanker paru lebih dari 300% dibandingkan dengan yang memilikin suami bukan perokok. Selain itu akibat dari menghirup asap rokok orang lain (perokok pasif) adalah penyakit jantung koroner, penyakit paru obstruktif kronik, asma, dan stroke . Pada wanita hamil, akibat memjadi perokok pasif adalah risiko bayi berat badan lahir rendah meningkat sampai 240%, dan meningkatkan risiko untuk kelahiran prematur meningkat sampai 600%, kelahiran sangat prematur sampai 530%. Beberapa penelitian menunjukkan bahwa menjadi perokok pasif meningkatkan risiko keguguran dan kelainan janin.

     Karbon monoksida dalam rokok mengakibatkan penurunan pengangkutan oksigen kepada janin pertumbuhan janin terganggu. Nikotin menurunkan aliran darah ke rahim sampai 38% sehingga pertumbuhan janin terganggu, serta racun dalam asap dapat masuk ke tubuh janin.

     Mengapa merokok di dalam rumah tidak dibenarkan dan sangat berbahaya bagi keluarga terutama wanita dan anak-anak? Asap rokok yang dikeluarkan oleh perokok yang merokok di dalam rumah akan tetap berada di ruangan sekitar 4-6 jam setelah kegiatan merokok. Partikel kecil yang berasal dari asap rokok akan tetap menempel di dinding, perabotan, gorden, karpet, dan mainan anak-anak, dan akan menguap di udara walaupun sudah tidak ada orang yang merokok di ruangan tersebut. Akibatnya, wanita dan anak-anak akan tetap mendapat dampak buruk dari partikel asap rokok tersebut.
Idealnya, perokok sebaiknya merokok dengan jarak 7,5 m dari rumah. Namun, karena kondisi rumah di Indonesia, khususnya Yogyakarta, yang saling berdekatan, merokok di luar rumah dengan pintu dan jendela yang ditutup sudah besar manfaatnya.

Sumber: qti_rsp 2010

AMALAN

rokok menjadi ilham utama saya bagi menghasilkan sebuah cerpen. Apa yang menarik minat saya mengapa ia menjadi satu amalan yang amat sukar untuk ditinggalkan walaupun pengamalannya menimbulkan pelbagai kesan yang buruk kepada perokok dan orang di sekitarnya. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajan seperti menaikkan harga, menjalankan pelbagai kempen serta melekatkan gambar-gambar yang membawa kesan akibat merokok namun masalah masih lagi tidak dapat diatasi.


     Selain asapnya yang membawa kepada masalah kesihata berkaitan seperti paru-paru, jantung dan sebagainya, ia juga membawa kepada pembaziran disebabkan harganya yang semakin lama semakin tinggi.oleh itu, berfikirlah dengan bijak.